Monday 27 May 2013

Persahabatan


Hari ni aku nak cerita pasal persahabatan. Tiba2 pulak aku nak cerita psl persahabatan.

Apakah maksud persahabatan??

Persahabatan merupakan seseorang yang rapat dan dekat dengan kita selain keluarga.




Kita beruntung kerana mempunyai sahabat. Kita hendaklah berbuat baik dengan sahabat kita. Janganlah kita mengkhianati sahabat kita yang sentiasa mengambil berat tentang kita. Untungnlah kita kerana mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,


Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan kita. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.


Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita, hingga kadang-kadang kita terlupa, sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbang dan rasa takutnya?


Pernahkah kita menenagkan dia sebagaiman dia menenangkan kita sewaktu kita berduka?
Ambilah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita. Sahabat kita sentiasa menjaga perasaan kita. Adakah kita sentiasa menjaga perasaan dia? Janganlah menjauhi sahabat kita jika kita mempunyai sahabat yang lain. Sentiasala menjaga hati dan perasaan sahabat kita.

Walaupun kita sentiasa melihat sahabat kita ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia sedang bersedih. 
Disebalik senyumannya, mungkin ada banyak cerita sedih yang hendak dikongsikan. 


Adakah kita pernah bertanyakan tentang perasaan dia?

Adakah kita sahabat yang baik? Adakah kita layak dipanggil sahabat? Renungkanlah!!
Hargailah Sahabat Kita!!

Dalam hati aku :
" Aku mungkin bukan sahabat yang baik tapi aku cuba untuk jadi sahabat yang baik "


Wallahualam…..

No comments:

Post a Comment